Si dia .

aku ni bukanlah jenis yang selesa dengan perempuan,(tapi bukan gay). kalau aku lepak dengan perempuan je mesti aku kuat berpeluh, tak kisah la area mane peluh tu. bende yang aku akan taip selepas nieyh tidak mengandungi unsur 18sx , 18sg,18pa atau 18pl . cume aku nak ceritakan sikit tentang perkenalan aku dengan sorang awek nieyh . disebabkan aku orang melayu dan dier pun orang melayu , so aku gelarkan diri dier sebagai ayu lahh . nak kata dier seAYU nama AYU tu takde lahh sangat . orang jenis dia kuat sosial , selalu lepak dengan kawan2x , dan yang paling penting peramah . dier berumur dalam lingkungan 13-17 tahun @ form 1-form 5. dekat sini aku ingin menegaskan bahawa cerita ini mungkin berkenaan dengan yang hidup tetapi tidak berkenaan yang telah mati . so aku malas nak cite panjang2x ... kita mula . cerita nya begini .......


Kali pertama aku jumpa dier . dalam hati aku memang menjerit sekuat hati nama dia dengan 10 bahasa yang berlainan . tapi time tu dia ada pakwe . so aku takmau lah potong line bak kate budak zaman sekarang . lagipun time tu aku tak penah bertegur pon dengan dier . aku ngan dier memang berbeza , tak kisah dalaman atau luaran . KAMI BERBEZA . tapi bende kecik camtu tak lansung membuatkan aku patah semangat untuk bercakap dengan dier . selang beberapa hati aku beranikan diri untuk bercakap dengan dier lepas kene ugut dengan membe baik aku . yang paling aku benci zaman sekarang nieyh sume tak boleh simpan rahsia .. back to the story ... aku datang dekat dier dan segalanya berlaku dengan begitu pantas sekali . sepantas sepakan sudut yang diambil oleh RONALDO pada piala dunia 2008 . selang beberapa minit kemudian kami menjadi mesra , cerita sambil ketawa walaupun cerita yang kami bualkan itu tentang kematian . dalam hati aku nie gembira tak terkata , perasaan tu macam pasukan malaysia menang piala suzuki 2010 . sebangga skuad bimbingan K.RAJAGOPAL yang hanya mampu menangis gembira sambil memijak bendera indonesia . start daripada hari tu kita orang mula bersembang melalui handphone nokia 3100 polyphonic yang aku pinjam dari kakak aku . setelah hampir 4 bulan kami menjadi kawan . telah sampai seru aku untuk memetik bunga ditaman sekolah menengah kebangsaan subang . maksud aku "COUPLE" ....

hampir seminggu kiteorang kapel tapi aku masih tidak percaya dengan penerimaan dia utk jadi awek aku . perkataan " **** ! AKU SAYANG KAU SANGAT2x laaa !!! " masih berngiang-ngiang dalam gegendang telinga aku walaupun jarang sekali dikorek . setelah beberapa lama aku menyedari bahawa dier dah jadi awek aku , itu pun lepas kene pelempang padu oleh saudaraku . disebabkan kiteorang masih muda , so kiteorang putuskan untuk menggunakan nama panggilan yang selalu digunakan pada abad ke 21 nie . bukan apa , takud orang bahan kiteorang dengan perkataan kolot dan sebagainya .. sekali lagi aku tak percaya time dier panggil aku dengan perkataan "BIE" , rasa macam nak belanja semua MUSUH-MUSUH aku makan KFC je tau !! hubungan kiteorang bejalan lancar sehingga satu hari....

"PUKIMAK BETOL LAH KAU JANTAN ! BERAMBUS LAH KAU !" kata-kata hikmat versi biadap dengan nada suara yang tinggi bergema ditelinga aku . rasa macam ade senapang AK-47 keluaran negara US yang dicipta khas untuk aku melepaskan peluru tunggal dekat jantung aku yang terlakar kemas nama dia . aku tak boleh terima hakikat .tapi dia tetap dengan keputusan dia . dah puas aku pujuk dia denga ayat manis yang aku amek dari love quotes dekat google . tak ade 1 pun yang masuk dalam hati dia yang sedang menyenarai hitamkan nama aku dari hati dari yang suci tuu .sampai hati dia tinggalkan aku . ape salah aku? apa dosa aku pernah buat dekat dia? takpe . aku faham .. aku redha , mulai dari saat tu aku kurangkan makanan berZAT sebaliknya mengambil makanan berkolestrol tinggi dengan harapan aku jadi gemuk ! tapi dah hampir sebulan aku aku mengamalkan gaya hidup tidak sihat masih kurus kering jee badan aku nieyh . lepas tu baru member aku tegur "mane tak naek badan ! makan tak reti baca bismillah !!" ak terdiam malu ....

kini hampir setahun aku tinggalkan dia . mungkin dia sedang bahagia dengan kekasih baru . aku harap aku akan dapat rampas hati dia balek lalu simpan dalam kapal davy jones dalam cite pirate of the carribean . namun harapan hanya harapan . sekian .... :')